ads

Monday 25 November 2013

After few months

Assamualaikum readers..

Fuhhhh...Fuuhhhhh.. Berhabuk rasa ini blog. Lama sangat tak update. Sebabnya after last update tu tak tak pergi cc then saya (ke aku?) baru dapat kerja dengan satu company swasta. Alhamdulillah. Doaku di makbulkan. hehe
So, lepas dah kerja memang la lagi susah nak update sebab tempat saya kerja takde line telefo. omaigod. Saba jelah. Online hanya bergantung pada blackberry. Memasak memang macam selale je, rajin konon tapi takdelah berjenis jenis macam duduk dengan family. Makan sorang ni rasa macam janda.
Lepastu macam malas la pulak nak ambil gambar sebab nak ke boleh online gne broadband ni seminggu sekali time pergi macam pekan dia.
Tapi plan nak bawa oven dari rumah, nak buat kek. oh, cakap pasal kek, ada buku kek murah kat MPH Online, only RM7.12.

OK! Tetibe got to go.

tatataa!!!

Wednesday 24 July 2013

Nasik Ulam Atok

Assalamualaikum readers :)

Cerita ni dah lama sebeanarnya. Saja nak kongsi dengan readers. Hehe

Nasi Kerabu orang Pantai Timur panggil.
Nasi Ulam orang Kedah panggil. Rupanya pun lain dari nasi kerabu.

Dulu saya tak makan pun nasi ulam ni sebab mind set saya ulam, mesti banyak sayur mayur dan saya tak suka. Hoho. So tahun ni baru saya try nasi ulam. Best la weehhhh. Kepada Abang Fendi yang dengar nama pun dah gatai tekak, you should try man!



Gambar kat atas ni bila lengkuas, serai dan beberapa bahan lain yang telah ditumbuk (tak ingat sebenarnya apa lagi yang ditumbuk.hoho)

Nasi ulam ni basic nya akan digaul dengan bahan tumbuk yang macam kat atas ni, kerisik, ikan kering yang dah di perisi dengan halus dan juga ulam-ulaman yang yang dipotong halus gila! Atok saya letak dalam berbelas jenis ulam jugak la. Tere dan tabah betul atok potong halus-halus. Antara ulam yang diletakkan macam daun selom dan ulam raja. Banyak sangat atok sebut hari tu nak ingat. hoho. Ulam-ulaman ni kalau dekat kampung memang senang jumpa compared kat bandar.
Atok kata kalau atok dah tak ada, memang hilang la nasi ulam dalam keluarga kitorang. Taknak. huhu
So, saya pun sekarang banyak dah belajar masakan yang atok suka buat supaya resipi warisan atok tak hilang. hehe. Semoga ALLAH panjangkan umur atok dan tokwan saya :)





 So, nasi putih yang telah sejuk akan di gaul dengan bahan-bahan tadi. Nasi wajib biar sejuk dlu kalau tak akan rasa pahit. Maybe sebab react dengan ulam-ulam tu. Hohoho.

Nasi ulam biasanya akan dimakan bersama dengan asam pedas keladi. Tapi kali ni banyak lagi lauk lain yang atok buat. Sedap seyhhh asam pedas keladi!!!




Atok jugak ada buat gulai ikan dan rebung.



 And this is my nasi ulam sebelum letak lauk yang banyak.hoho



Sebagai bonus, ada gamba abah, tokwan dan paklong sebelum berbuka :)




itu saja! ok! mengejar masa sebenarnya!

peaaceee yaawwrrrrr.......

Monday 22 July 2013

entry before iftar

assalamualaikum readers :)

Semasa saya tulis entry ni, Mersing lagi around 10 minit nak berbuka. Hari ni rasa letih sangat. Sebab dah mula buat biskut. 200 biji Almond Sweeties untuk tempahan. Sangat la penat. Nak masak untuk berbuka pun rasa tak semngat dan tak ada tenaga. Mood pun swing. Haaiihhhh.

Nasib baik atok yang baik ada bagi ikan bakar dan lemak cili api udang. Dapat la tambah lauk yang saya buat which is lemak petola dan ikan masak kicap. Simple je kan. Sebab penat! Haha.

Lepas tu, abah pulak beli laksa penang kat bazar. Plan nak goreng mi basah. Postpone esok jelah kan.



Kadang-kadang rasa penat sangat
Kadang-kadang rasa malas nak mengadap dunia
Kadang-kadang malas nak bercakap
Kadang-kadang rasa nak baring je
Kadang-kadang rasa nak tumpukan pada akhirat je
Kadang-kadang rasa taknak fikir langsung cara cari duit
Kadang-kadang rasa malas nak buat apa-apa
Tapi saya tahu saya tak boleh buat itu semua
Kesabaran sangat diperlukan ketika ini
Tak semua orang tahu keadaan diri ini
Orang sekeliling hanya tahu menghakimi
Its ok
Cakaplah selagi boleh
Kerana kamu tidak berada di tempat saya
Saya mahu bahagiakan semua rang
Tapi saya masih lagi tak mampu

Sunday 21 July 2013

Pemanggang Idaman Hati

Assalamualaikum readers :)

Salam Ramadhan yang ke 11! betul kan hari yang ke 11 dah? Sekejap je masa berlaalu.
Semalam berbuka kat rumah atok, ingat nak kongsi gambar-gambar nasi ulam yang atok dah buat semalam tapi lupa pulak bawak balik camera. Hoho.

So, sekarang saya nak kongsi sesuatu yang menjadi impian saya secara tiba-tiba. Saya ni memang cepat terpengaruh. Nampak bende yang cantik dan menarik je, mesti saya nak. Cuma ada dengan tak ada je duit nak beli. Hoho. Tapi memang nak la pemanggang ni. Rasa macam best pulak. Saya tengok dekat buku resipi pemanggang ni. Actually, tak pernah tengok pun rupa pemanggang ni before. Ceehhh..Sikit punya jakun kan.

Inilah pemanggang yang saya nak. seronok kott. Jakun nye lah hai. Haha. Nak buat ayam percik mesti best! Image biasalah, mestila dari pakcik google.



Gambar kedua tu nampak macam iklan kan. Haaaa.. tu pun pakcik google tolong carikkan. 
Seronok la ini benda! Tak perasan pulak benda ni kalau jalan-jalan kat tempat elektrik. Tapi mungkin sebab saya tak amek port lagi dengan benda ni, sebab tu tak perasan. Tapi kali ni nak amek port!

Best la pemanggang ni. (Entah kali ke berapa cakap)

Ade orang nak hadiah tak sebab saya menang pertandingan? (Tetiba)

Kena masuk dalam bucket list!

Ok!

Peace yaawwrrrrr......


Friday 19 July 2013

Kerabu Mangga Style Saya!

Assalamualaikum readers :)

Haritu saya ada buat kerabu mangga. Saya ambil resipi dari Internet tapi tak semua bahan saya ada, so saya letak je bahan yang saya ada. Dan nak buat kerabu mangga ni baru lah saya tahu wujudnya sos ikan. Betul la orang kata, bila kita makin banyak explore resipi, lagi banyak bahan-bahan baru yang kita akan tahu. And so do I. hehe.




So, saya letak 
  • 2 biji mangga muda
  • 3 kacang panjang
  • 1/2 biji lobak
  • 1 bunga kantan
  • ~5 ekor sotong
And then, letak juga gula dalam 3 sudu dan sos ikan. Ini cara saya punya lah, kalau ikot resipi hustler dalam bidang masakan ni memang banyak depa letak. ada yang letak kacang tanah and then cara kelantan buat kerabu mangga pun lain. hehe. Saya taknak ikut sangat, nanti tak masuk tekak pulak. LOL






Puasa pertama bersama Qasidah Tokyah

Assalamualaikum readers :)

Selamat menyambut bulan Ramadhan. Semoga Ramadhan anda semua dilimpahi nikmat yang tidak terkira hendakNYA.

Semalam berbuka puasa kat rumah atok. Atok buat kerabu tauge. Saya memang tak akan makan tauge tapi saya kutip kerang je. Atok memang power kalau buat kerabu ni. Anak, menantu, cucu, semua suka kerabu atok. Saya tak ambil pulak gambar kerabu atok. Hehe. Tapi kerabu tokyah memang terbaik wooo.

Semalam jugak abah ada request kuih Qasidah dari atok. Atok pon kalau anak-anak minta apa-apa memang dia tak akan tolak walaupun la beliau sakit urat ke, sakit lutut ke, demam ke batuk ke. Semalam atok tak sihat sangat. Tapi dia buat jugak.

So, dalam masa yang sama abah pun suruh saya tengok so nanti saya boleh buat kat rumah. Senang je rupanya Qasidah ni. Cuma perlukan tepung gandum, gula, garam dan air. Saya tak dapat pulak nak letak portion nya sebab atok pn main letak je. Maklumlah, orang lama kan. Bertuah dapat atok macam tokyah. hehe

Actually, nak post entry ni awal tapi line problem pulak. hehe

So, this is Qasidah Tokyah




Atok kate, sepatutnya tak boleh biar berketul, kalau dah nak start berketul, kena letak ayaq




letak banyak bawang baru wangi :)


And this is mt Atok's Qasidah :)

Puasa pertama, bebrbuka kat rumah atok. Seronok sangat. Maklong dengan paklong pon balik. Bila kumpul-kumpul makanan, jadi banyak.

Alhamdulillah :)

Thursday 11 July 2013

How to order Syawal Biscuits from Leia Kitchen??

Assalamualaikum readers :)

Akhirnya saya berjaya juga siapkan biskut untuk syawal untuk dijual. Saya tahu marketing memang dah lambat. Sebab sekarang pun dah puasa kan. Bukan taknak buat awal-awal tapi ada perkara yang lebih penting yang harus saya dahulukan. Tapi saya percaya pada rezeki NYA.
Kalau berminat boleh follow steps below ok :)

STEP 1 : SMS KE NOMBOR 0137191135

  1. NAMA
  2. DETAIL ORDER
  3. TARIKH (BILA MAHU BISKUT DI POS)
STEP 2 : BUAT BAYARAN PENDAHULUAN (70%) - KALAU NAK BUAT PEMBAYARAN PENUH PUN BOLEH :)
  • NAMA : ROZALIANA BINTI ROSLI
  • NOMBOR AKAUN : 01170069501522 (CIMB BANK)
SELEPAS BUAT PEMBAYARAN, SILA SMS KE 0137191135 DETAIL BAYARAN
  • NAMA ANDA
  • NOMBOR AKAUN ANDA
  • MASA PEMBAYARAN
STEP 3 : PENGEPOSAN ATAU PENGHANTARAN (SEKITAR KAWASAN MERSING, JOHOR DAN TANJUNG GEMOK, PAHANG)




Selepas order anda siap, saya akan maklumkan baki yang perlu anda jelaskan bagi saya mengepos atau menghantar order anda. 
Bagi pembeli sekitar Mersing dan Tj Gemok, saya akan tunggu di satu point san anda boleh pick up biskut anda di situ. :)


pembelian yang melebihi RM100, saya akan bagi percuma kuih benderam..cewahhhh...kuantiti, buat masa saya tak fikir lagi..hehe

dan juga...

bagi pembeli yang melakukan urusan secara pos,
pembelian yang melebihi RM100 akan diberikan kos pengeposan percuma.


So, ok tak promosi saya?

Harap dapat respon positif :)

ok! sila tidur!

copp!!

cepat order, cepat saya akan siapkan. saya perlukan masak dalam 2-3 hari untuk siapkan biskut yang di tempah. (sangat konfiden kan leia).

tempahan ini bukan sahaja tertakluk untuk satu syawal malah available juga untuk sesiapa yang nak buat rumah terbuka nanti...

peace yaawwrrr......