ads

Wednesday, 24 July 2013

Nasik Ulam Atok

Assalamualaikum readers :)

Cerita ni dah lama sebeanarnya. Saja nak kongsi dengan readers. Hehe

Nasi Kerabu orang Pantai Timur panggil.
Nasi Ulam orang Kedah panggil. Rupanya pun lain dari nasi kerabu.

Dulu saya tak makan pun nasi ulam ni sebab mind set saya ulam, mesti banyak sayur mayur dan saya tak suka. Hoho. So tahun ni baru saya try nasi ulam. Best la weehhhh. Kepada Abang Fendi yang dengar nama pun dah gatai tekak, you should try man!



Gambar kat atas ni bila lengkuas, serai dan beberapa bahan lain yang telah ditumbuk (tak ingat sebenarnya apa lagi yang ditumbuk.hoho)

Nasi ulam ni basic nya akan digaul dengan bahan tumbuk yang macam kat atas ni, kerisik, ikan kering yang dah di perisi dengan halus dan juga ulam-ulaman yang yang dipotong halus gila! Atok saya letak dalam berbelas jenis ulam jugak la. Tere dan tabah betul atok potong halus-halus. Antara ulam yang diletakkan macam daun selom dan ulam raja. Banyak sangat atok sebut hari tu nak ingat. hoho. Ulam-ulaman ni kalau dekat kampung memang senang jumpa compared kat bandar.
Atok kata kalau atok dah tak ada, memang hilang la nasi ulam dalam keluarga kitorang. Taknak. huhu
So, saya pun sekarang banyak dah belajar masakan yang atok suka buat supaya resipi warisan atok tak hilang. hehe. Semoga ALLAH panjangkan umur atok dan tokwan saya :)





 So, nasi putih yang telah sejuk akan di gaul dengan bahan-bahan tadi. Nasi wajib biar sejuk dlu kalau tak akan rasa pahit. Maybe sebab react dengan ulam-ulam tu. Hohoho.

Nasi ulam biasanya akan dimakan bersama dengan asam pedas keladi. Tapi kali ni banyak lagi lauk lain yang atok buat. Sedap seyhhh asam pedas keladi!!!




Atok jugak ada buat gulai ikan dan rebung.



 And this is my nasi ulam sebelum letak lauk yang banyak.hoho



Sebagai bonus, ada gamba abah, tokwan dan paklong sebelum berbuka :)




itu saja! ok! mengejar masa sebenarnya!

peaaceee yaawwrrrrr.......

Monday, 22 July 2013

entry before iftar

assalamualaikum readers :)

Semasa saya tulis entry ni, Mersing lagi around 10 minit nak berbuka. Hari ni rasa letih sangat. Sebab dah mula buat biskut. 200 biji Almond Sweeties untuk tempahan. Sangat la penat. Nak masak untuk berbuka pun rasa tak semngat dan tak ada tenaga. Mood pun swing. Haaiihhhh.

Nasib baik atok yang baik ada bagi ikan bakar dan lemak cili api udang. Dapat la tambah lauk yang saya buat which is lemak petola dan ikan masak kicap. Simple je kan. Sebab penat! Haha.

Lepas tu, abah pulak beli laksa penang kat bazar. Plan nak goreng mi basah. Postpone esok jelah kan.



Kadang-kadang rasa penat sangat
Kadang-kadang rasa malas nak mengadap dunia
Kadang-kadang malas nak bercakap
Kadang-kadang rasa nak baring je
Kadang-kadang rasa nak tumpukan pada akhirat je
Kadang-kadang rasa taknak fikir langsung cara cari duit
Kadang-kadang rasa malas nak buat apa-apa
Tapi saya tahu saya tak boleh buat itu semua
Kesabaran sangat diperlukan ketika ini
Tak semua orang tahu keadaan diri ini
Orang sekeliling hanya tahu menghakimi
Its ok
Cakaplah selagi boleh
Kerana kamu tidak berada di tempat saya
Saya mahu bahagiakan semua rang
Tapi saya masih lagi tak mampu

Sunday, 21 July 2013

Pemanggang Idaman Hati

Assalamualaikum readers :)

Salam Ramadhan yang ke 11! betul kan hari yang ke 11 dah? Sekejap je masa berlaalu.
Semalam berbuka kat rumah atok, ingat nak kongsi gambar-gambar nasi ulam yang atok dah buat semalam tapi lupa pulak bawak balik camera. Hoho.

So, sekarang saya nak kongsi sesuatu yang menjadi impian saya secara tiba-tiba. Saya ni memang cepat terpengaruh. Nampak bende yang cantik dan menarik je, mesti saya nak. Cuma ada dengan tak ada je duit nak beli. Hoho. Tapi memang nak la pemanggang ni. Rasa macam best pulak. Saya tengok dekat buku resipi pemanggang ni. Actually, tak pernah tengok pun rupa pemanggang ni before. Ceehhh..Sikit punya jakun kan.

Inilah pemanggang yang saya nak. seronok kott. Jakun nye lah hai. Haha. Nak buat ayam percik mesti best! Image biasalah, mestila dari pakcik google.



Gambar kedua tu nampak macam iklan kan. Haaaa.. tu pun pakcik google tolong carikkan. 
Seronok la ini benda! Tak perasan pulak benda ni kalau jalan-jalan kat tempat elektrik. Tapi mungkin sebab saya tak amek port lagi dengan benda ni, sebab tu tak perasan. Tapi kali ni nak amek port!

Best la pemanggang ni. (Entah kali ke berapa cakap)

Ade orang nak hadiah tak sebab saya menang pertandingan? (Tetiba)

Kena masuk dalam bucket list!

Ok!

Peace yaawwrrrrr......


Friday, 19 July 2013

Kerabu Mangga Style Saya!

Assalamualaikum readers :)

Haritu saya ada buat kerabu mangga. Saya ambil resipi dari Internet tapi tak semua bahan saya ada, so saya letak je bahan yang saya ada. Dan nak buat kerabu mangga ni baru lah saya tahu wujudnya sos ikan. Betul la orang kata, bila kita makin banyak explore resipi, lagi banyak bahan-bahan baru yang kita akan tahu. And so do I. hehe.




So, saya letak 
  • 2 biji mangga muda
  • 3 kacang panjang
  • 1/2 biji lobak
  • 1 bunga kantan
  • ~5 ekor sotong
And then, letak juga gula dalam 3 sudu dan sos ikan. Ini cara saya punya lah, kalau ikot resipi hustler dalam bidang masakan ni memang banyak depa letak. ada yang letak kacang tanah and then cara kelantan buat kerabu mangga pun lain. hehe. Saya taknak ikut sangat, nanti tak masuk tekak pulak. LOL






Puasa pertama bersama Qasidah Tokyah

Assalamualaikum readers :)

Selamat menyambut bulan Ramadhan. Semoga Ramadhan anda semua dilimpahi nikmat yang tidak terkira hendakNYA.

Semalam berbuka puasa kat rumah atok. Atok buat kerabu tauge. Saya memang tak akan makan tauge tapi saya kutip kerang je. Atok memang power kalau buat kerabu ni. Anak, menantu, cucu, semua suka kerabu atok. Saya tak ambil pulak gambar kerabu atok. Hehe. Tapi kerabu tokyah memang terbaik wooo.

Semalam jugak abah ada request kuih Qasidah dari atok. Atok pon kalau anak-anak minta apa-apa memang dia tak akan tolak walaupun la beliau sakit urat ke, sakit lutut ke, demam ke batuk ke. Semalam atok tak sihat sangat. Tapi dia buat jugak.

So, dalam masa yang sama abah pun suruh saya tengok so nanti saya boleh buat kat rumah. Senang je rupanya Qasidah ni. Cuma perlukan tepung gandum, gula, garam dan air. Saya tak dapat pulak nak letak portion nya sebab atok pn main letak je. Maklumlah, orang lama kan. Bertuah dapat atok macam tokyah. hehe

Actually, nak post entry ni awal tapi line problem pulak. hehe

So, this is Qasidah Tokyah




Atok kate, sepatutnya tak boleh biar berketul, kalau dah nak start berketul, kena letak ayaq




letak banyak bawang baru wangi :)


And this is mt Atok's Qasidah :)

Puasa pertama, bebrbuka kat rumah atok. Seronok sangat. Maklong dengan paklong pon balik. Bila kumpul-kumpul makanan, jadi banyak.

Alhamdulillah :)

Thursday, 11 July 2013

How to order Syawal Biscuits from Leia Kitchen??

Assalamualaikum readers :)

Akhirnya saya berjaya juga siapkan biskut untuk syawal untuk dijual. Saya tahu marketing memang dah lambat. Sebab sekarang pun dah puasa kan. Bukan taknak buat awal-awal tapi ada perkara yang lebih penting yang harus saya dahulukan. Tapi saya percaya pada rezeki NYA.
Kalau berminat boleh follow steps below ok :)

STEP 1 : SMS KE NOMBOR 0137191135

  1. NAMA
  2. DETAIL ORDER
  3. TARIKH (BILA MAHU BISKUT DI POS)
STEP 2 : BUAT BAYARAN PENDAHULUAN (70%) - KALAU NAK BUAT PEMBAYARAN PENUH PUN BOLEH :)
  • NAMA : ROZALIANA BINTI ROSLI
  • NOMBOR AKAUN : 01170069501522 (CIMB BANK)
SELEPAS BUAT PEMBAYARAN, SILA SMS KE 0137191135 DETAIL BAYARAN
  • NAMA ANDA
  • NOMBOR AKAUN ANDA
  • MASA PEMBAYARAN
STEP 3 : PENGEPOSAN ATAU PENGHANTARAN (SEKITAR KAWASAN MERSING, JOHOR DAN TANJUNG GEMOK, PAHANG)




Selepas order anda siap, saya akan maklumkan baki yang perlu anda jelaskan bagi saya mengepos atau menghantar order anda. 
Bagi pembeli sekitar Mersing dan Tj Gemok, saya akan tunggu di satu point san anda boleh pick up biskut anda di situ. :)


pembelian yang melebihi RM100, saya akan bagi percuma kuih benderam..cewahhhh...kuantiti, buat masa saya tak fikir lagi..hehe

dan juga...

bagi pembeli yang melakukan urusan secara pos,
pembelian yang melebihi RM100 akan diberikan kos pengeposan percuma.


So, ok tak promosi saya?

Harap dapat respon positif :)

ok! sila tidur!

copp!!

cepat order, cepat saya akan siapkan. saya perlukan masak dalam 2-3 hari untuk siapkan biskut yang di tempah. (sangat konfiden kan leia).

tempahan ini bukan sahaja tertakluk untuk satu syawal malah available juga untuk sesiapa yang nak buat rumah terbuka nanti...

peace yaawwrrr......

Biscuits pricing :)

Assalamuualaikum readers :)



boleh check out price ye kawan-kawan.
i know its a bit too late for me to do a marketing.
but, apa salahnya mencuba.
rezeki ada di mana-mana.
Allah kan sentiasa ada :)

Peace yaawwrrrrr..........

Wednesday, 10 July 2013

Sample Biskut Raya Untuk Dijual #7 – Biskut Hijau Rumpai

Assalamualaikum readers 

Yeaaahhhh!! Seperti yang dijanjikan, sampel biskut terakhir untuk syawal kali ini adalah Biskut Hijau Rumpai! Macam unik je biskut ni so saya buat lah. Saya takdelah suka sangat dengan rumpai laut aka algae ni. Sebab ianya adalah sayur, so sume bende yang rasanya seperti sayur, insyallah saya tak suka.Hehe. Maybe biskut ni too green. Tercurah banyak coloring pulak. Actually kat resipi takde letak coloring pun tapi saya tak suka kaler biskut yang pale dan dull ni. So, saya letak la green coloring. Nanti saya akan kurangkan coloring ya. Maklumlah, coloring ni kan tak bagus sangat untuk kesihatan. Hehe.




So, total up, dah 7 jenis biskut yang saya upate untuk tatapan readers untuk dijual. Jadi, saya harap biskut saya ni cukup la daya penarik mereka-mereka ni untuk semua readers beli. Bersama-sama lah menolong mengangkat sedikit ekonomi hidup saya!hoho! motip!
Ok! I will update the prices shortly.
Stay tuned with Leia Kitchen!

Peace yaawwrrrrrr….

Sample Biskut Raya Untuk Dijual #6 – Biskut Kacang Ceri

Assalamualaikum readers J

Fuuhhhh. Penatnya hari ni buat sampel. Padahal sampel takdelah susah mana. Tulis entry blog ni pun sambil mengantuk. Sebenarnya macam bad mood je daripada semalam sebab lappy tersayang ni macam bermasalah pulak. Rasanya virus daripada cyber café.Semua pendrive, cable yang masuk semua jadi shortcut. Saya takdelah hebat sangat bab computer ni. Sebab tu bila virus macam sekarang ni menjangkiti lappy saya, jadi macam stress gila kot. Lappy saya ni tak pernah menghadapi masalah macam ni. Paling cikai pun lappy lambat.Saya tak pernah hadapai masalah macam kawan-kawan saya hadapi yang lappy diorang sejenis dan seusia dengan lappy saya macam motherboard rosak, adapter rosak, masalah hard disc dan macam-macam lagi la. So bila jadi macam ni saya jadi bapak stress. Bayangkan lah, dengan semangatnya saya nak edit gmbar biskut-biskut semalam untuk update harga biskut, tiba-tiba semua gamba yang saya ambil tiada.Kosong.None.Yang ada gambar yang kurun ke berapa entah. Takpelah, lepas ni kena format and cari antivirus yang kuat! Macam harimau selatan! Hoho.Motip sangat.





Ok lah, back to the main topic for the entry, hari ini saya dah siapkan 2 jenis agi biskut raya untuk dijual. Biskut yang pertama untuk hari ini ialah Biskut Kacang Ceri, juga biskut yang telah saya olah dan menukar nama biskut mengikut citarasa saya. Hoho. Biskut ni content nya kacang dan ada buah ceri di atasnya yang tumil.





Kalau rasa comel boleh terus grab! Hoho

Ok, nak update lagi satu sampel.
Semoga ketemu lagi!

Peace yaaawwwrrrrr……

Sample Biskut Raya Untuk Dijual #5 – Biskut Semperit Badam Jambu

Assalamualaikum readers J

Pada entry kali ni, saya nak update pasal sample biskut raya ke 5 untuk dijual yang saya dah siapkan. Namanya ialah Semperit Badam Jambu! Namanya mungkin agak pelik. Tapi sedap taw! Nama Semperit diambil sempena bentuknya yang ala-ala semperit. Badam pula sebab content nya ada badam. Dan juga jambu sebab warnanya warna merah jambu.Hoho.

Daripada resipi bentuk dan warnanya lain sikit. Saya olah sikit dari segi rupa dan warnanya, jadinya wujudlah nama yang cute ni. Bercerita mengenai proses buat kuih ni, punyalah lama. Semua sebab saya tak tahu nak guba acu semperit yang boleh buat bentuk bunga tu. Maklumlah, saya budak baru belajar, mana nak reti semua benda.Hehe.Itu yang last last saya buat bende semperit panjang tu je. Boleh la kan daripada tak hade. Hehe.





Biskut ni seperti mendapat perhatian kat rumah ni. Mungkin sebab kaler pink ataupun sebab ada salut choc. Tapi kalau ada siapa-siapa yang tak suka pink, saya boleh buat kaler lain. Hehe.
Ok! Sampai sini saja! Nanti saya akan update harga.
Beli la kalau sudi. Pasti mahu lagi!hehe


Jumpa lagi.

Peace yaawwrrrrr…..

Sample Biskut Raya Untuk Dijual #4 – Biskut Bebola Kristal

Assalamualaikum readers J

Untuk sample saya yang ke 4 ni, biskut simple tapi santek. Menggabungkan tiga warna.Dan digolek-golekkan di atas gula halus selepas dibakar.Hoho. Sample yang saya buat ni semuanya gemok-gemok sampai ada yang tak muat masuk paper cup tu. Hoho. Tapi untuk yang betul-betul, saya akan buat bagi somel dan muat dalam paper cup. Hehe.


tetomey tangat!



Tengok, comel kan biskut ni. Simple tapi comel.

Beli taw!
Tak beli tak nak update blog dah!
Macam la orang kesah sangat aku tak update blog. LOL.
Ok! Jumpa pagi!

Peace yawwwrrrrr…..

Sample Biskut Raya Untuk Dijual #3 – Biskut Almond Sweeties

Assalamualaikum readers..
Saya dah buat third sampel untuk biskut raya yang akan saya buat. This biscuit memang menjadi kegilaan dan tumpuan semasa syawal iaitu almond London.Tapi kenapa mesti “London” ek?Berasal dari London ke ape? Ataupun cara pembuatannya sama dengan apa-apa yang dibuat di London? Hoh! Takpayah nak skema sangat ayat tu leia.

Jadi kesimpulannya, saya telah tukar nama almond London kepada Biskut Almond Sweeties. Sebab biskut ni manis kan?.. Jadi, di bawah ni la gambarnya. Jangan lupa beli ok.Ada tawaran hebat yang menanti.Hoho.
Saya suka buat biskut ni. Sebab saya suka the taste of almond tu and masa celup-celup dengan coklat tu rasa best. Motif sangat kan. Haha.




Ok, saya ada biskut lain lagi nak update untuk sampel. Yosh!


Peace yawwrrrrr….

Kek Mocca Kukus

Assalamualaikum semua! Harap semua dalam keadaan sihat sejahtera.

Lama dah tak update blog ni. Macam dah bersawang sikit.Hehe.Last week ada hal yang tak dapat di elakkan.Mak saya tak sihat. So, saya memang focus jadi nurse dengan tukang masak je. Nak buat sapel untuk biskut raya pun jadi takde mood. Saya dah buat dah biskut marmar carrie tapi tak jadi. So, saya malas la nak post dekat blog ni. Rumit la pulak biskut tu, saya ingat kacang bin rebus je.

Sebelum adik lelaki saya balik kolej, saya ada buat kek mocca kukus. Not bad la rasa dia. Hoho. Terpuji sendiri pulak. Adik saya yang sorang ni tak pernah bawa balik apa-apa makanan ke kolej katanya. Saya pun buatkanla kek yang tak seberapa ni untuk dia. Ada saya capture beberapa gambar sepanjang proses membuat kek ni. Adik lelaki saya ni la yang banyak tolong saya.

Saya buat hari rabu malam. Dekat pukul 11.30 malam juga la baru siap kukus kek ni. Nak dijadikan cerita, gas pulak habis masa tengah mengukus tu. Nasib baik la dah nak satu jam kek tu dikukus. Tapi tak masak sepenuhnya lagi, ada lagi yang melekat kat lidi time cucuk kat tengah kek tu. Jadi, apa lagi, saya pun terus masukkan dalam oven. Ini la namanya inovasi.Kita yang buat dia, bukan dia buat kita.Hehe. Jadi lebih kurang pukul 11.40 malam barulah siap kek tu. Dengan mata separuh terbuka, saya masukkan terus kek yang dah siap tu dalam esbok.Sangat la mengantukkkk.

Then the next night, saya dengan adik-adik saya buat topping kek tu. Topping ni saya guna cooking chocolate bar, marjerin dengan susu cair yang dimasak secara double boiler. Agak tak pekat sangat, tak cair sangat, curah je atas kek. Sementara topping tu masih basah, saya tabor badam yang dihiris halus dan juga susun buat ceri kat keliling kek tu.


Maaf la sesangat. saya memang dah ambil gambar untuk tunjuk kat semua. Tapi malangnya laptoba saya diserang virus dannnn..... Semua gambar semasa itu hilang. Saya dah cuba bermacam cara untuk recover gambar-gambar tu tapi tak boleh. Sangat la sedeyh. Takpe, ini adalah dugaan kan :)


Semoga terhibur dengan entry saya kali ni. Datang lagi ye.