ads

Wednesday, 10 July 2013

Kek Mocca Kukus

Assalamualaikum semua! Harap semua dalam keadaan sihat sejahtera.

Lama dah tak update blog ni. Macam dah bersawang sikit.Hehe.Last week ada hal yang tak dapat di elakkan.Mak saya tak sihat. So, saya memang focus jadi nurse dengan tukang masak je. Nak buat sapel untuk biskut raya pun jadi takde mood. Saya dah buat dah biskut marmar carrie tapi tak jadi. So, saya malas la nak post dekat blog ni. Rumit la pulak biskut tu, saya ingat kacang bin rebus je.

Sebelum adik lelaki saya balik kolej, saya ada buat kek mocca kukus. Not bad la rasa dia. Hoho. Terpuji sendiri pulak. Adik saya yang sorang ni tak pernah bawa balik apa-apa makanan ke kolej katanya. Saya pun buatkanla kek yang tak seberapa ni untuk dia. Ada saya capture beberapa gambar sepanjang proses membuat kek ni. Adik lelaki saya ni la yang banyak tolong saya.

Saya buat hari rabu malam. Dekat pukul 11.30 malam juga la baru siap kukus kek ni. Nak dijadikan cerita, gas pulak habis masa tengah mengukus tu. Nasib baik la dah nak satu jam kek tu dikukus. Tapi tak masak sepenuhnya lagi, ada lagi yang melekat kat lidi time cucuk kat tengah kek tu. Jadi, apa lagi, saya pun terus masukkan dalam oven. Ini la namanya inovasi.Kita yang buat dia, bukan dia buat kita.Hehe. Jadi lebih kurang pukul 11.40 malam barulah siap kek tu. Dengan mata separuh terbuka, saya masukkan terus kek yang dah siap tu dalam esbok.Sangat la mengantukkkk.

Then the next night, saya dengan adik-adik saya buat topping kek tu. Topping ni saya guna cooking chocolate bar, marjerin dengan susu cair yang dimasak secara double boiler. Agak tak pekat sangat, tak cair sangat, curah je atas kek. Sementara topping tu masih basah, saya tabor badam yang dihiris halus dan juga susun buat ceri kat keliling kek tu.


Maaf la sesangat. saya memang dah ambil gambar untuk tunjuk kat semua. Tapi malangnya laptoba saya diserang virus dannnn..... Semua gambar semasa itu hilang. Saya dah cuba bermacam cara untuk recover gambar-gambar tu tapi tak boleh. Sangat la sedeyh. Takpe, ini adalah dugaan kan :)


Semoga terhibur dengan entry saya kali ni. Datang lagi ye.

No comments:

Post a Comment