ads

Sunday, 23 June 2013

Perlu melipat gandakan usaha

Assalamualaikum readers.
Salam Ahad.
Salam jerebu.

Ohhh. Dekat Endau ni keadaan jerebu semakin teruk. Abah pun dah tak boleh keluar pergi memancing dan menjala. Kesian. Duduk jela kat rumah kebosanan. Haha.

Tadi saya ada buat list untuk buat biskut. Saya rasa saya perlu melipat gandakan usaha untuk menyiapkan sampel. Sebab semalam maklong ada tunjuk macam mana cara nak buat sampel. Dan saya rasa terkilan sebab tak siapkan sampel awal-awal. Kalau tak boleh pass dekat sepupu saya yang ada kat cameron, minta tolong dia buat marketing. Hmmmm. Sangat terkilan.

Saya perlu melipat gandakan usaha.
Kalau tak semua ini akan jadi sia-sia.
Tolong sokong.

Ok.

Peace yaawwrrrr....

Resipi Lontong

Asssalamualaikum readers. Harap dalam keadaan sihat hendakNYA.

Hari ni saya buat lontong. Lama dah teringin nak makan. Hari baru terlaksana nak buat. Jadinya, nak jugak share sikit cara-cara membuatnya. Lontong ni terkenal kat Johor. Setiap jamuan selalunya ada lontong, sama juga time raya. Kiranya kuah lodeh, iaitu kuah lontong tu macam menu wajib masa raya jugak la.
Saya buat ni lontong simple je, asal boleh makan. huahua. Buat macam mana pun, family makan jugak, maklumlah, ada baca-baca time masak. haha. Tipu!


shot tak cantik pulak.hoho


Bahan-bahan untuk kuah lodeh


  1. Kelapa sebiji untuk di ambil santanya (mestila ambil samtan kan)
  2. Tauhu kering dan su un (guna 2 paket yang rm1.20 tu dan rendamkan)
  3. Lobak 2 biji (hiris halus dan panjang-panjang)
  4. Kacang panjang dalam 20 batang (potong)
  5. 2 keping tauhu (potong dadu)
  6. 3 batang lada besar warna merah
  7. Tempe  (ikut selera nak banyak mana)
  8. 4 labu bawang besar (kisar)
  9. 3 ulas bawang putih (kisar)
  10. 1 sudu kecil lada hitam (kisar)
  11. 1 sudu makan udang kering (kisar)






Methodology untuk kuah lodeh

  1. Panaskan minyak masak dan masukkan bahan yang dikisar sampai naik bau
  2. Masukkan sayur yang keras seperti lobak dan kacang panjang
  3. Tumis sayur tu sampai agak lembut
  4. Selepas itu, dah agak-agak lembut, masukkan santan. Kalau saya, tak cukup kuah saya akan keep tambah kuah menggunakan santan dan tidak menggunakan air sebab nanti kuah jadi tak cantik. Guna je santan tu banyak kali. Tadi saya guna sampai 4 kali untuk cukupkan kuah.
  5. Pastikan selepas memasukkan santan, kuah haruslah sentiasa di kacau sebab nanti kuah jadi macam berbiji-biji dan itu tak cantik.
  6. Selepas itu, masukkan tauhu kering da su un yang telah direndam tadi dan juga tempe. Carikkan tauhu kering tu tau. 
  7. Masukkan pula lada merah
  8. Jangan lupa masukkan garam, ajinamoto dan sedikit kunyit. 
  9. Dah hampir masak, masukkan tauhu. Make sure kalau nak kacau slow-slow je bila dah masukkan tauhu sebab nanti hancur pula.
  10. Tutup api dan siap!

Bahan-bahan untuk sambal tumis ikan bilis plus udang

  1. Lada kering (kisar)
  2. Bawang merah (kisar)
  3. Bawang putih (kisar)
  4. Halia (kisar)
  5. Ikan bilis
  6. Udang
Methodology sambal tumis ikan bilis plus udang
  1. Mula panaskan minyak dan ikan bilis sampai garing dan masukkan bahan yang dikisar. 
  2. Masak sampai warna merah pekat dan naik minyak. Sebaiknya, tumis lama-lama untuk mengelakkan sakit perut, kata maklong saya.
  3. Bila dah nampak merah yang agak cantik, maknanya merah pekat, masukkan udang
  4. Jangan lupa masukkan garam, ajinamoto dan juga asam keping mengikut kesesuaian. Kalau nak, boleh letak gula merah.
  5. Bila udang dah masak, boleh tutup api


tengok sambal tumis je, kuali takyah tengok (macam boleh.haha)


Haaaaa. Dah siap resipinya. Dah siap buat kuah lodeh dengan sambal tumis semua jangan lupa pula rebus nasik himpit. Karang makan gitu je. Hehe. 

Selamat mencuba!

Peace yawwrrrr....

Saturday, 22 June 2013

Buku resipi baru dah sampai!

Assalamualaikum readers!

Tengah-tengah sibuk buat choc chip biscuit, tiba-tiba abang posmen datang. Pastu diri ini berkata,
“Yay! Mesti buku resipi dah sampai!”
Tapi sebenarnya tak konfiden sangat lagi. Saja je buat suara konfident sampai la posmen tu cakap,
“Rumah Rozaliana?”
Yes! So memang kompem la buku resipi saya dah sampai dari Karangkraf. Cayalah Karangkraf! Pantas giler kot buat kerja. Saya order hari rabu malam, jumaat sampai. Cepat kan? Ke memang macam tu? Tapi bagi saya cepat jugak. Hehe. Sebab saya pernah tempah novel daripada beberapa publication sebelum ni. Ada satu publication tu, memang lambat, sampai saya macam serik nak tempah kat publication tu lagi. Hehe


165 RESIPI KEK DAN BISKUT RAYA

Banyak resipi best dalam ni yang boleh di cuba. Plus ada resipi kerepek sekali tapi ada beberapa resipi je yang ada gambar step by step macam Chef Hanieliza punya buku. Tapi takpe, saya akan cuba jugak!

Goodluck for me!
So, sampai ketemu lagi!

Peace yaaawwwrrrrrr……..

Sample Biskut Raya Untuk Dijual #2 – Biskut Chip Chocolate

Assalamualaikum readers. Amacam? Ada sihat ka?

Entry ini mungkin di “terbitkan” pada hari yang sama di ruang blogger ini tapi saya tulis pada hari yang berlainan. Maklumlah, kena tunggu pergi cyber café baru boleh copy paste entry. Hehe. Hari ini saya buat sample biskut saya yang kedua iaitu chocolate chip biscuit. Kalau korang tengok gambar kat bawah ni memang nampak macam tak menarik tapi sedap sebenarnya. Yelah, mana ada orang yang nak merendahkan produk mereka. Hehe. Sepatutnya, chips nya diluar macam chipsmore tu tapi tak keluar pula. Haha. Biarkan, saya akan buat yang lain, lain hari. Hehe. Dah dua sample, mohon sebarkan ye walaupun macam tak cukup benda untuk disebarkan lagi. Hehe.

Jadi bercerita mengenai pengalaman, buat biskut ni sangat lah menguji kesabaran saya sebab saya tak tahu nak ikut setting oven pada resipi atau tahap pemanasan pada oven saya pada mulanya. Dua kali ok biskut saya ni jadi kuih benderam. Haha. Habis bau hangit satu rumah tapi teus jugak buat sampai ada rupa biskut! 

ini first tray yang tak jadi.LOL. kelakar

saya macam takjub tengok tapi hilang takjub bila biskut dah kembang pastu tacing2 member sebelah

tak santek

ini juga first tray

dan ini second tray


Tanpa usaha mimpi tak bermakna katanya. Saya pun mencuba lagi, and lepas dua tray tak jadi, biskut saya pun jadi dengan sopannya.

ini last sample. cute is it?

dah santik!



Seronok! Tapi sangat pelik, tray saya yang pertama, hangus sikit taw, kalau makan memang kelat la tapi adik saya yang dua orang sibuk berulang pergi dapur ambil biskut separuh siap tu. Haha. Lapar sangat ke budak-budak ni. Tapi proud jugak la. LOL.


Ok! Sila beli!

Peace yaawwrrrrrr....

Sample Biskut Raya Untuk Dijual #1 – Biskut Chip Cornflakes Madu

Assalamualaikum readers. Semoga kalian berada dalam keadaan yang sihat dan dirahmati.

Untuk permulaan memulakan penyediaan sample untuk bisnes, saya memulakan biskut yang senang dan disukai ramai terutamanya di rumah saya sebab kalau tak sedap pun diorang bantai je terutamanya adik lelaki saya. Memang la gila dengan cornflakes madu mamat sorang ni. Tapi saya buat invention sikit, letak chocolate chips sikit masa sebatikan bahan untuk nampak different. But actually, resipi memang dah macam tu, think twice, ok jugak letak choc chips sebab takdelah boring. Bila saya dah pandai buat biskut ni, takdelah saya craving nak makan sampai kalau ada kat rum,ah orang lain time beraya, habis jugak la satu balang. haha. Then takdelah saya nak minta dua orang bestfriends saya buatkan untuk saya which is ira and sarah. Aku dah reti ok! Haha, tolong jangan berlagak.
Ada saya ambil gambar sikit untuk tatapan semua. Jadi, saya dah rajin upload gambar, rajin kan diri jugak la order ye. Tapi saya tak keluarkan quotation lagi sebab saya tak tahu nak letak berapa harganya. Maklumlah, saya budak baru belajar. Hoho.




semasa mencairkan mentega
inilah hasilnya yang tomey!


saya adds on chocolate chip hias dengan colour rice


Saya buat ni, adalah dapat dalam 70 biskut plus minus. Tapi, kalau dah ada hantu cornflakes madu kat rumah ni, dalam masa sehari je boleh habis. Saya buat pagi, esoknya saya tengok tinggal 5 jek, itupun memang ditinggalkan untuk saya. Nasib baik ada tinggal. Tapi takpe, best jgak kalau habis ni.
Saya ada bawak sample biskut ni kat atok sikit. Ayat atok macam ni.

“Biskut ni memang manis ke kak? Kalau akak nak jual nanti, jangan manis sangat”

Sangat la berhemah ok. Haha. Pada saya ok, tapi pada orang lain KO rasanya. Haha. No wonder sebab memang saya tambah madu sebab mula-mula saya tengok tak cukup kuning. Nak kuning letak pewarna je leia. Haha
But, it is a good experience for the first time trying for biscuits. So tak adalah kenangan biskut hangit ke hapa. Jadinya, sudi-sudi kan lah beli la. Saya akan buat entry banyak lagi mengenai sample saya.
Terima kasih kerana sudi menjengah blog baby saya.

Peace yawwrrrrrr…..

Membeli Belah barang-barang biskut di Tunas Manja


Assalamualaikum readers. Saya nak kongsi sikit cerita saya semasa membeli barang biskut di Tunas Manja Tanjung Gemok, Pahang. Kat sini tak adalah kata semua ada, semua perfect tapi not bad la. Saya cari bahan untuk 4 jenis biskut dan ada 3 bahan je yang saya tak dapat which is cocoa butter, white chocolate and hazel nut. Ok la tu kan. 





inilah section untuk barang kueh

susun la ni kononya leia??


Saya punyalah carik kat internet oregano tu macam mana. Rupanya ada dekat Tunas Manja. Tapi, mahai gila baq ang. Dekat rm10. Oregano ni sesuai untuk masakan Itali macam pizza, roti semua tu. Memang la family saya suka makan pizza saya buat dulu tapi fikir banyak kali jugak nak beli tuh. Haha. Banyak kali la untuk brand ni. Macam garlic powder pun ada, mungkin sesuai untuk buar garlic bread. Hehe

dan inilah botol oregano

Ok. Itu sahaja. Saya akan buat lagi entry baru dalam masa yang terdekat ni.

Peace yaawwrrrr....


Wednesday, 19 June 2013

Craving for Traditional Lauk


Assalamualaikum readers 

Kadang kala pernah tak rasa craving for traditional food? Saya beberapa hari lepas teringin pulak nak makan ikan lengat. Haaaaa. Pernah dengar tak? Saya tak tahu la apa yang orang negeri lain panggil apa tapi orang Kedah panggil ikan lengat. Ikan ni direbus dengan air yang tak banyak sangat dan diletakkan bahan-bahan yang akan sedapkan ikan ni macam bawang, halia dan serai. Sedap wehhh. Sebab saya selalu makan dekat rumah atok jek. Atok kalau masakan traditional memang la kepakaran beliau. Abah pernah jugak buat ikan lengat ni.
Jadi, dengan semangat yang tinggi, pukul 4 saya dah masuk dapur untuk masak. Nampak ada jantung pisang. Hmmmmm, 2 hari sebelum tu pernah buat lemak jantung pisang. Kali ni goreng ikan bilis pulak la. Wahhhh, macam kena je dengan ikan lengat!

Tahukah anda? (chewahh)

Kalau nak masak jantung pisang masak goring atau pun dibuat gulai, tidak perlu direbus? Haaaa, iya, itulah kenyataannya. Ia tidak perlu direbus kerana kalau rebus, hilang lemaknya. Ini petua atok saya. Jadi, sebelum menggoreng atau dibuat lemak, hiris dulu jantung pisang tu, lepas tu rendam dengan air garam macam nak masak peria. Memang kelemakannya terselah.. 

Jadi, semasa memasak, saya ada la capture gambar untuk tatapan readers saya.
Know what, menu ni simple je taw tapi kadang-kadang yang sedap tulah yang buat kita ni berselera. Macam menu yang saya buat ni, ditambah dengan air asam plus nasik panas……wahhhhhh.. Sedap gilos baq ang. Sama la jugak macam makan nasik panas dengan telur dadar, pon sedap!

Kesimpulannya, memasak, nak bagi sedap ni tak eprlu sebenarnya resipi yang terlalu bombastic dan kebaratan tapi yang simple dan kena cara memasaknya dah cukup untuk buat satu keluarga menikmati masakan anda, bak kata maklong saya. Tapi kalau dah keluarga yang selalunya menu menuju kea rah kebaratan tu tak tahu la saya nak komen nya. Tapi apa salahnya kalau kita mengubah selera, tak sakit perut pon makan menu saya ni. Hehe.

Bila saya fikir balik, duduk kat rumah, memasak lepas habis belajar, saya nampak naik turun keluarga saya. Kalau baru dapat gaji, makan sedap, kalau tak ada duit sangat masak simple simple je. Tapi masa saya study, saya tak pernah pulak terfikir apa yang keluarga saya makan hari-hari. Yang saya tahu, kalau nak makan something tu, terus beli. Sebab ada PTPTN kan. Berdosa kan saya. Tapi saya akan cuba tebus tu semua sebab………
I LOVE MY FAMILY
Dan saya yakin anda juga sama. Mari kita sama-sama berkhidmat selagi masih sempat.
Peace yawwwrrrrr….


Haaaa..nampak? takde gambar kan?? Entry ni tulis dekat rumah tapi datang CC lupa bawak cable untuk fon..hoho..bijak bijak..nest time ok!

Tuesday, 18 June 2013

Kedai Bahan Kek di Mersing

Assalamualaikum readers :)

Teringin nak hade duit banyak-banyak. Orang kate duit banyak ni tak menjamin kebahagiaan. Memey la! Tapi boleh la jugak rasa kebahagiaan sikit dari duit tu asal jangan lalai daaannn jangan menyombong.
Kalau saya kan, ada duit banyak, saya nak masak banyak-banyak. Haha. Sebab sekarang plan memasak tu terhad. Tapi kalau ada duit memang saya all out. Bukan membazir tapi tak selalu kan kita dapat rasa makan best-best.
Haah la. Dah lama teringin nak buat tiramisu. Hari beli oven dulu, pergi kedai kat Mersing, Masyaallah.. Punya lah banyak bahan-bahan kek dan biskut. Sampai saya wonder apa yang tak hade kat kedai tu. Kalau orang Mersing, mesti tahu Restoren Syed Ali (yeke ini namanya?). Haaaa..Kedai jual bahan-bahan biskut ni kat depan restoren ni lah. Lupa pulak nak ambil gambar masa pergi sana hari tu. Kedai nya luas. Lagi satu, kalau orang endau yang suka buat biskut dan kek macam saya, boleh tempah dekat branch dia kat Endau. Nama kedai ni KIKUYA. Gile kenang nokk..Semua ada. Tu yang saya beli loyang tersalah tu. And then layanan dia memang first class la. Segala jenis choc, cheese, acuan kuih, ada belaka baq ang. Lepas tu, ada jugak bahan-bahan untuk buat kuih yang kita cuma tinggal masukkan telur je macam bahan untuk buat red velvet cake, Semua bahan dia dah sediakan dalam satu plastik, pewarna, tepung semua la. Sesuai untuk beginner macam saya. Tapi saya rasa saya angkuh masa tu, saya tak beli pun bahan tu semua. Nak buat sendiri konn. haha. Tapi beginner should try it. Sebab sangat mudah kottt.

Kalau dah minat kan,
Semua benda jadi best,
Semua jadi menarik,
Cuba bagi saya langsir, suroh jahit,
Memang saya lempo..hoho


Ok..Sebenarnya takde idea sangat nak tulis tapi saya nak keep menulis untuk mengelakkan kemalasan melanda..hehe..Thanx for reading :)

Peace  yaawwrrrr...

Kek untuk birthday Mak dan Hari bapa untuk Abah

Assalamualaikum readers :)

9 June lepas adalah hari lahir insan kesayangan saya. Jadi, disebabkan ada oven baru, saya pun cuba la resipi baru. Kek Marble Keju. Saya ambil resipi dari buku ni.

Pakej hadiah bufday saya
Saya cuba resipi yang menggunakan keju sebab masa beli loyang, saya dengan konfiden nya ambil cream cheese sebab terlalu excited. haha..Tapi lagi sekali, loyang telah menajdi masalah saya. Besar sangat la loyang tu. Macam nak beli loyang baru je tapi ak berduit lagi. hohoo..
Jadinya, petang tu, saya pun buat la kek tu sorang-sorang. Adik perempaun saya nak tolong tapi saya tak bagi dia menyibuk..haha
Sebelum bakar

Selepas bakar



Hasilnya bukan la sangat menakjubkan tapi saya happy sebab dapat buat sesuatu untuk mak dan abah tahun ni. Lepas ni, tak perlu la nak beli kek. Sebab saya akan cuba buat kek hari jadi pulak lepas ni..Insyaallah. Nak belajar buat cake decorating pulak la..hehe

ok..Sampai sini jek..

Peaceeee yaaawwrrrr....

Mari membakar!!

Assalamualaikum readers :)

12 Jun lepas selamat la saya bergelar seorang gadis berumur 23 tahun. cewahh..
And then boyfie saya yang pemurah (LOL) hadiahkan saya oven dan jugak buku resipi. Dengan pemahaman yang kuat mengatakan saya rajin dan suka meamasak, dia pun hadiahkan dan berharap saya menjalankan bisnes jugak menggunakan oven tu. Terima kasih awak <3


alamak, gambar blur rupanya..huhu

Oven ni selamat saya beli pada hari ahad, 2 Jun 2013. And then, hari isnin, saya shopping punya la banyak sampai over budget semata-mata sebab nak menerai (try) oven ni..hoho..first menu yang saya buat adalah puding roti. Lama sangat mengidam nak makan puding roti. Dulu mak pernah buat time oven tak rosak lagi. Tapi hasilnya kurang memberangkan la sebab lotyang yang saya beli telalu besa. 10 inch. haha..Semua disebabkan saya terlalu excited tengok barang-barang kat kedai tu sampai tak tengok saiz loyang. dan lepas tu menyesal tak sudah. Tapi takpe, mungkin ada kegunaan di hari muka ..hehe

Puding roti
Inilah puding roti saya. sangat tak menarik kan.haha. Tapi takpe. 1st time kan. hehe. Pada hari yang sama, saya ada jugak buat roti sosej pintal. Saya belajar kat page facebook Jom Masak. Try la bukak, Sangat la banyak resipi..hehe..

Siap dipintal

Sementara tunggu masak, amek gambar ckeettt

jengjeng!da siap!

Even agak comot sosnye, tapi not bad la rasanya.. Saya berpuas hati..hehe
Tak cukup dengan tu, pada hari yang sama jugak, saya dan adik lelaki saya, dah panggang ayam dalam oven ni. Nasib baik ada adik gemok saya tu, dia lah yang basuh ayam, perap semua, saya buat kuah jek. Sebab dia nak sangat masak kan, kene la tolong.. :)

ayam panggang duduk
Walaupun rupa dia agak hitam, tapi sedapp wooo..tambah-tambah pulak bila disimbah dengan kuah nya yang saya ambil resipi dari maklong saya. Seekor, 5 orang, habis malam tu jugak ok. Abah saya hanya mampu geleng kepala..hoho..
Tu je untuk entry kali ini...

Peace yaawwrrrrr....





Kuih Lapis Hidup2

Assalamualaikum readers :)
 Masa adik lelaki saya dapat vaucer buku 1 Malaysia tu, dia ada belikan saya buku ni.


Kata adik lelaki saya, mula-mula dia nak belikan buku lauk pauk tapi semua nampak macam saya dengan mak saya dah tahu..hoho. Dia ingat kakak dia ni hebat sangat ke. Saya ada cuba resipi dalam buku ni. Memang jadi. Maklumlah, tengok la siapa puan guru, Chef Hanieliza kott. Saya pasti semua yang minat memasak kenal chef ni. Resipi dalam ni mudah dan kompem jadik baq ang.

 Dan inilah hasil nya. Dalam buku ni dia suroh bubuh pewarna merah jek, Sya bantai bubur pewarna merah ngn hijau. Baru ada variasi..hoho. Atok saya pon kata sedap. Bangga ok, rang yang dah berpengalaman memasak puji..hehe

Bahagi dua kaler

Selamat berada di dalam pengukus

Selamat dimasak dan dipotong :)


Sedia dimakan hidup2..hoho


Santek kan kaler kuih lapis ni. Memang ramai yang kata leceh tapi nak seribu daya kan, tak nak seribu???? haaaa..sila jawab sendiri k :)

Peace yawwwrrrrr...

Monday, 17 June 2013

Sebab kewujudan Blog ini

Assalamualaikum readers... :)
Sebenarnya sangat rindu nak menulis blog tapi saya rasa blog saya yang sebelum ni tak cukup vogue dan tak cukup point yang saya boleh kongsikan. Kalau dulu saya selalu bercerita mengenai hal peribadi, tapi saya rasa sekarang saya patut tukar style. Mungkin apabila saya bercerita mengenai hal peribadi, orang yang tak berkaitan pun akan terasa. Jadi, apa kata saya tukar. Saya buat blog baru, dunia maya yang baru yng lebih fokus kepada minat saya. Saya memang suka memasak. Dari dlu. Mungkin sebab mak saya dah ajak saya masuk dapur dari kecil. Thanks mak. Dah besar, saya cipta resipi saya sendiri. Ingat lagi dulu, masa saya form three kot, mak dan abah pergi kerja. Tinggal la saya dengan dua orang adik saya. Sorang dalam darjah 5 sorang lagi memang kecil lagi. Saya rasa masa tu saya masak sambal tumis ikan daaannnn saya tak tahu saya letak apa kat dalam sambal tumis tu sampai adik lelaki saya sakit perut..haha.. And abah tanya apa yang saya masak, saya kata, "akak masak sambal tumis ikan. tapi tak tahu la bah sebab bahan2 akak letak ikut naluri jek". Abah nak marah pun tak jadi..hehe..
Saya masuk asrama, matrik, and then universiti, skill memasak saya dah kurang. Adik lelaki saya pulak yang tak over dapur. Tapi lepas habis belajar, kerja saya memang dekat dapur je. Lagipun, mak dah tak berapa larat nak masak sebab faktor kesihatan. Saya la yang take over tugas mak. Kalau dulu, saya akan tunggu mak balik dan tanya nak masak apa and mak still ada kat dapur jadi tukang masak utama. Tapi sekarang saya yang menguasai dapur. Biarlah mak berehat pulak dan biar saya yang take over dapur. Saya selalu  berdoa supaya saya dikurniakan keikhlasan menjalankan setiap kerja yang sepatutnya mak yang buat. Klau dulu, saya dan adik-adik selalu merasa masakan dan air tangan mak, tapi sekrang dah kurang. Tapi kami adik beradik faham. Adik-adik saya pun akan order apa-apa yang nak makan dekat saya. Jadi, saya cuba kuasai semua makanan yang adik-adik saya suka *sebak pulak rasa*..
Rasa puas taw bila orang tersayang kita merasa masakan kita dan sangat suka apa yang kita masak sampai makan bertambah. Abah yang susah puji makanan dan hanya akan puji masakan atok pon kadang-kadang puji lauk saya..hee..rasa sangat proud tau..
Bila dah habis belajar ni, barulah tahu yang susah yang amat untuk mendapatkan kerja. Ramai lagi yang masih memberi semnagat kat saya. Walaupun ada sesetengah yang mempersoalkan, tapi saya buat pekak je walaupun terkesan sikit kat hati saya sebab dirang tak lalui apa yang saya lalui. Diorang tak rasa macam mana saya menggalas tanggungjawab sebagai seorang anak perempuan kat rumah. Dan disebabkan itu juga saya bercadang, berimpian dan berangan untuk buat bisnes online. Saya nak jual cookies untuk hari raya yangbakal tiba. Saya harap plan saya ni menjadi.
Jadinya, sokongan kamu semua sangat la penting sebab saya manusia biasa, selalu rapuh..hoho..

Salam sahabat, Salam perkenalan...
Peace yawwrrrr....

Percubaan Pertama

Assalamualaikum..
Hai semua. Terima ksih sebab sudi singgah ke blog yang baru beroperasi ni. Sebenarnya blog ni wujud sebab saya saja nak berkongsi hal perihal masakan dengan anda-anda. Disebabkan minat ang mendalam dalam bidang masakan, lahirlah blog ni. lagipun ingatkan nak berjinak-jinak dalam dunia bisnes jugak. Harap semua yang jenguk sudi berkongsi pengalaman dan susi jugak bagi sokongan.
Acehhhh :)