ads

Saturday, 22 June 2013

Sample Biskut Raya Untuk Dijual #2 – Biskut Chip Chocolate

Assalamualaikum readers. Amacam? Ada sihat ka?

Entry ini mungkin di “terbitkan” pada hari yang sama di ruang blogger ini tapi saya tulis pada hari yang berlainan. Maklumlah, kena tunggu pergi cyber café baru boleh copy paste entry. Hehe. Hari ini saya buat sample biskut saya yang kedua iaitu chocolate chip biscuit. Kalau korang tengok gambar kat bawah ni memang nampak macam tak menarik tapi sedap sebenarnya. Yelah, mana ada orang yang nak merendahkan produk mereka. Hehe. Sepatutnya, chips nya diluar macam chipsmore tu tapi tak keluar pula. Haha. Biarkan, saya akan buat yang lain, lain hari. Hehe. Dah dua sample, mohon sebarkan ye walaupun macam tak cukup benda untuk disebarkan lagi. Hehe.

Jadi bercerita mengenai pengalaman, buat biskut ni sangat lah menguji kesabaran saya sebab saya tak tahu nak ikut setting oven pada resipi atau tahap pemanasan pada oven saya pada mulanya. Dua kali ok biskut saya ni jadi kuih benderam. Haha. Habis bau hangit satu rumah tapi teus jugak buat sampai ada rupa biskut! 

ini first tray yang tak jadi.LOL. kelakar

saya macam takjub tengok tapi hilang takjub bila biskut dah kembang pastu tacing2 member sebelah

tak santek

ini juga first tray

dan ini second tray


Tanpa usaha mimpi tak bermakna katanya. Saya pun mencuba lagi, and lepas dua tray tak jadi, biskut saya pun jadi dengan sopannya.

ini last sample. cute is it?

dah santik!



Seronok! Tapi sangat pelik, tray saya yang pertama, hangus sikit taw, kalau makan memang kelat la tapi adik saya yang dua orang sibuk berulang pergi dapur ambil biskut separuh siap tu. Haha. Lapar sangat ke budak-budak ni. Tapi proud jugak la. LOL.


Ok! Sila beli!

Peace yaawwrrrrrr....

2 comments:

  1. hohoi blog pasal makanan pulakk..mati la aku terliur bulan pose nnt :P

    ReplyDelete