Assalamualaikum readers... :)
Sebenarnya sangat rindu nak menulis blog tapi saya rasa blog saya yang sebelum ni tak cukup vogue dan tak cukup point yang saya boleh kongsikan. Kalau dulu saya selalu bercerita mengenai hal peribadi, tapi saya rasa sekarang saya patut tukar style. Mungkin apabila saya bercerita mengenai hal peribadi, orang yang tak berkaitan pun akan terasa. Jadi, apa kata saya tukar. Saya buat blog baru, dunia maya yang baru yng lebih fokus kepada minat saya. Saya memang suka memasak. Dari dlu. Mungkin sebab mak saya dah ajak saya masuk dapur dari kecil. Thanks mak. Dah besar, saya cipta resipi saya sendiri. Ingat lagi dulu, masa saya form three kot, mak dan abah pergi kerja. Tinggal la saya dengan dua orang adik saya. Sorang dalam darjah 5 sorang lagi memang kecil lagi. Saya rasa masa tu saya masak sambal tumis ikan daaannnn saya tak tahu saya letak apa kat dalam sambal tumis tu sampai adik lelaki saya sakit perut..haha.. And abah tanya apa yang saya masak, saya kata, "akak masak sambal tumis ikan. tapi tak tahu la bah sebab bahan2 akak letak ikut naluri jek". Abah nak marah pun tak jadi..hehe..
Saya masuk asrama, matrik, and then universiti, skill memasak saya dah kurang. Adik lelaki saya pulak yang tak over dapur. Tapi lepas habis belajar, kerja saya memang dekat dapur je. Lagipun, mak dah tak berapa larat nak masak sebab faktor kesihatan. Saya la yang take over tugas mak. Kalau dulu, saya akan tunggu mak balik dan tanya nak masak apa and mak still ada kat dapur jadi tukang masak utama. Tapi sekarang saya yang menguasai dapur. Biarlah mak berehat pulak dan biar saya yang take over dapur. Saya selalu berdoa supaya saya dikurniakan keikhlasan menjalankan setiap kerja yang sepatutnya mak yang buat. Klau dulu, saya dan adik-adik selalu merasa masakan dan air tangan mak, tapi sekrang dah kurang. Tapi kami adik beradik faham. Adik-adik saya pun akan order apa-apa yang nak makan dekat saya. Jadi, saya cuba kuasai semua makanan yang adik-adik saya suka *sebak pulak rasa*..
Rasa puas taw bila orang tersayang kita merasa masakan kita dan sangat suka apa yang kita masak sampai makan bertambah. Abah yang susah puji makanan dan hanya akan puji masakan atok pon kadang-kadang puji lauk saya..hee..rasa sangat proud tau..
Bila dah habis belajar ni, barulah tahu yang susah yang amat untuk mendapatkan kerja. Ramai lagi yang masih memberi semnagat kat saya. Walaupun ada sesetengah yang mempersoalkan, tapi saya buat pekak je walaupun terkesan sikit kat hati saya sebab dirang tak lalui apa yang saya lalui. Diorang tak rasa macam mana saya menggalas tanggungjawab sebagai seorang anak perempuan kat rumah. Dan disebabkan itu juga saya bercadang, berimpian dan berangan untuk buat bisnes online. Saya nak jual cookies untuk hari raya yangbakal tiba. Saya harap plan saya ni menjadi.
Jadinya, sokongan kamu semua sangat la penting sebab saya manusia biasa, selalu rapuh..hoho..
Salam sahabat, Salam perkenalan...
Peace yawwrrrr....
No comments:
Post a Comment