ads

Sunday, 23 June 2013

Resipi Lontong

Asssalamualaikum readers. Harap dalam keadaan sihat hendakNYA.

Hari ni saya buat lontong. Lama dah teringin nak makan. Hari baru terlaksana nak buat. Jadinya, nak jugak share sikit cara-cara membuatnya. Lontong ni terkenal kat Johor. Setiap jamuan selalunya ada lontong, sama juga time raya. Kiranya kuah lodeh, iaitu kuah lontong tu macam menu wajib masa raya jugak la.
Saya buat ni lontong simple je, asal boleh makan. huahua. Buat macam mana pun, family makan jugak, maklumlah, ada baca-baca time masak. haha. Tipu!


shot tak cantik pulak.hoho


Bahan-bahan untuk kuah lodeh


  1. Kelapa sebiji untuk di ambil santanya (mestila ambil samtan kan)
  2. Tauhu kering dan su un (guna 2 paket yang rm1.20 tu dan rendamkan)
  3. Lobak 2 biji (hiris halus dan panjang-panjang)
  4. Kacang panjang dalam 20 batang (potong)
  5. 2 keping tauhu (potong dadu)
  6. 3 batang lada besar warna merah
  7. Tempe  (ikut selera nak banyak mana)
  8. 4 labu bawang besar (kisar)
  9. 3 ulas bawang putih (kisar)
  10. 1 sudu kecil lada hitam (kisar)
  11. 1 sudu makan udang kering (kisar)






Methodology untuk kuah lodeh

  1. Panaskan minyak masak dan masukkan bahan yang dikisar sampai naik bau
  2. Masukkan sayur yang keras seperti lobak dan kacang panjang
  3. Tumis sayur tu sampai agak lembut
  4. Selepas itu, dah agak-agak lembut, masukkan santan. Kalau saya, tak cukup kuah saya akan keep tambah kuah menggunakan santan dan tidak menggunakan air sebab nanti kuah jadi tak cantik. Guna je santan tu banyak kali. Tadi saya guna sampai 4 kali untuk cukupkan kuah.
  5. Pastikan selepas memasukkan santan, kuah haruslah sentiasa di kacau sebab nanti kuah jadi macam berbiji-biji dan itu tak cantik.
  6. Selepas itu, masukkan tauhu kering da su un yang telah direndam tadi dan juga tempe. Carikkan tauhu kering tu tau. 
  7. Masukkan pula lada merah
  8. Jangan lupa masukkan garam, ajinamoto dan sedikit kunyit. 
  9. Dah hampir masak, masukkan tauhu. Make sure kalau nak kacau slow-slow je bila dah masukkan tauhu sebab nanti hancur pula.
  10. Tutup api dan siap!

Bahan-bahan untuk sambal tumis ikan bilis plus udang

  1. Lada kering (kisar)
  2. Bawang merah (kisar)
  3. Bawang putih (kisar)
  4. Halia (kisar)
  5. Ikan bilis
  6. Udang
Methodology sambal tumis ikan bilis plus udang
  1. Mula panaskan minyak dan ikan bilis sampai garing dan masukkan bahan yang dikisar. 
  2. Masak sampai warna merah pekat dan naik minyak. Sebaiknya, tumis lama-lama untuk mengelakkan sakit perut, kata maklong saya.
  3. Bila dah nampak merah yang agak cantik, maknanya merah pekat, masukkan udang
  4. Jangan lupa masukkan garam, ajinamoto dan juga asam keping mengikut kesesuaian. Kalau nak, boleh letak gula merah.
  5. Bila udang dah masak, boleh tutup api


tengok sambal tumis je, kuali takyah tengok (macam boleh.haha)


Haaaaa. Dah siap resipinya. Dah siap buat kuah lodeh dengan sambal tumis semua jangan lupa pula rebus nasik himpit. Karang makan gitu je. Hehe. 

Selamat mencuba!

Peace yawwrrrr....

No comments:

Post a Comment