ads

Wednesday, 19 June 2013

Craving for Traditional Lauk


Assalamualaikum readers 

Kadang kala pernah tak rasa craving for traditional food? Saya beberapa hari lepas teringin pulak nak makan ikan lengat. Haaaaa. Pernah dengar tak? Saya tak tahu la apa yang orang negeri lain panggil apa tapi orang Kedah panggil ikan lengat. Ikan ni direbus dengan air yang tak banyak sangat dan diletakkan bahan-bahan yang akan sedapkan ikan ni macam bawang, halia dan serai. Sedap wehhh. Sebab saya selalu makan dekat rumah atok jek. Atok kalau masakan traditional memang la kepakaran beliau. Abah pernah jugak buat ikan lengat ni.
Jadi, dengan semangat yang tinggi, pukul 4 saya dah masuk dapur untuk masak. Nampak ada jantung pisang. Hmmmmm, 2 hari sebelum tu pernah buat lemak jantung pisang. Kali ni goreng ikan bilis pulak la. Wahhhh, macam kena je dengan ikan lengat!

Tahukah anda? (chewahh)

Kalau nak masak jantung pisang masak goring atau pun dibuat gulai, tidak perlu direbus? Haaaa, iya, itulah kenyataannya. Ia tidak perlu direbus kerana kalau rebus, hilang lemaknya. Ini petua atok saya. Jadi, sebelum menggoreng atau dibuat lemak, hiris dulu jantung pisang tu, lepas tu rendam dengan air garam macam nak masak peria. Memang kelemakannya terselah.. 

Jadi, semasa memasak, saya ada la capture gambar untuk tatapan readers saya.
Know what, menu ni simple je taw tapi kadang-kadang yang sedap tulah yang buat kita ni berselera. Macam menu yang saya buat ni, ditambah dengan air asam plus nasik panas……wahhhhhh.. Sedap gilos baq ang. Sama la jugak macam makan nasik panas dengan telur dadar, pon sedap!

Kesimpulannya, memasak, nak bagi sedap ni tak eprlu sebenarnya resipi yang terlalu bombastic dan kebaratan tapi yang simple dan kena cara memasaknya dah cukup untuk buat satu keluarga menikmati masakan anda, bak kata maklong saya. Tapi kalau dah keluarga yang selalunya menu menuju kea rah kebaratan tu tak tahu la saya nak komen nya. Tapi apa salahnya kalau kita mengubah selera, tak sakit perut pon makan menu saya ni. Hehe.

Bila saya fikir balik, duduk kat rumah, memasak lepas habis belajar, saya nampak naik turun keluarga saya. Kalau baru dapat gaji, makan sedap, kalau tak ada duit sangat masak simple simple je. Tapi masa saya study, saya tak pernah pulak terfikir apa yang keluarga saya makan hari-hari. Yang saya tahu, kalau nak makan something tu, terus beli. Sebab ada PTPTN kan. Berdosa kan saya. Tapi saya akan cuba tebus tu semua sebab………
I LOVE MY FAMILY
Dan saya yakin anda juga sama. Mari kita sama-sama berkhidmat selagi masih sempat.
Peace yawwwrrrrr….


Haaaa..nampak? takde gambar kan?? Entry ni tulis dekat rumah tapi datang CC lupa bawak cable untuk fon..hoho..bijak bijak..nest time ok!

No comments:

Post a Comment